Tuesday, 30 April 2013

Go to school.!



sambungan cerita tadi. . . 

Setelah mendapat pengesahan drpd pensyarah, kami terus bergerak ke Bandar Baru Bangi dgn menaiki kereta utk pergi ke SMK Jalan Tiga. Kami ingin menghantar proposal td kpd pihak sekolah utk mendapatkan kebenaran menjalankan program.

 Gambar di SMK Jalan Tiga




cantik jugak la sekolah ni. . 


Di sana kami berjumpa dgn kerani sekolah terlebih dahulu lalu kami menerangkan tujuan kami datang utk berjumpa dgn pengetua. Tetapi kami tidak dpt berjumpa dgn pengetua kerana kerani sekolah tersebut memberitahu bahawa proposal kami tidak lengkap. Kami diminta utk pergi ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kajang bagi mendapatkan surat pengesahan menjalankan program di sekolah.






nampak garang je kerani tu kan =(


Kami terus pergi  ke kajang utk berjumpa dgn pihak PPD. Sampai je kat pejabat kami bertanya kpd salah seorang pekerja di situ. Beliau menerangkan kpd kami bahawa kami perlu mendapatkan dua lagi kelulusan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di Putrajaya dan Jabatan Pelajaran Selangor di Shah Alam sebelum pihak PPD dapat memberi kebenaran kpd kami utk melakukan program ini di sekolah. Semua terkejut masa dengar pihak ppd tu terangkan, katanya semua tu pengalaman yg bagus buat kami. Memang la betul tapi kami takut setelah bertungkus lumus pergi ke sana sini meminta kelulusan, kami tidak mendapat kebenaran drpd pengetua atau sekolah mempunyai program lain pada masa yg sama.

Akhirnya pada jumaat yg lepas sekali lagi kami pergi ke sekolah utk berjumpa dgn Puan Noraini. Beliau merupakan guru kaunseling dan juga warden asrama di SMK Jalan Tiga. Kami berbincang dgn beliau mengenai program kami dan berharap beliau dpt membantu kami menyampaikan cadangan ini kpd pengetua.
Puan Noraini bersetuju utk membantu kami dan akan menghubungi kami setelah beliau berbincang dan mendapat kata putus drpd pengetua.

Agak-agak apa kata pengetua ye?? Harap-harap diberi kebenaran utk kami menjalankan program ini. Doakan kami ye,,,,Kita tunggu keputusannya nti..Sekian saja utk post kali ni..Wasalam =D






3 comments:

  1. Apa kesimpulan perbincangan ini?

    Eh, kenapa komen saya sebelum2 ni tak masuk ye?
    Tapi saya memang tak berapa pandai blog ni. Mungkin sbb tu tak masuk komen.

    Apa2pun, saya doakan semoga berjalan lancar.
    Dr. Fazila akan uruskan cenderahati kan?

    ReplyDelete
  2. Eh, satu lagi... boleh ke off kan lagu2 ni? Pening lah saya... hehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.baiklah..maaf prof sbb lmbat reply..sebenarnya dah selesai pun projek kami..cuma x update lagi dlm blog ni

      Delete