Wednesday, 20 March 2013

Meeting,,,

Bermulalah sesi perbincangan kami utk merangka aktiviti program. Perbincangan di antara semua ahli kumpulan dibuat sebanyak dua kali dan kami juga turut berbincang di dlm laman sosial facebook utk memudahkan kami bekerjasama.Setiap ahli kumpulan telah diagihkan tugas masing-masing dan setakat ini semua ahli telah berhasil  melaksanakan tugas tersebut dgn sebaik mungkin. 

Sepanjang tempoh perbincangan, kami sama-sama  mengeluarkan idea mengenai aktiviti-aktiviti menarik utk dilakukan bersama pelajar sekolah, menetapkan tarikh dan masa yg sesuai utk berjumpa dgn pengetua sekolah dan warden asrama, membincangkan kos perbelanjaan yg diperlukan serta menyiapkan kertas kerja utk dihantar kpd pihak sekolah.









aktiviti selepas kelas, meeting di foyer fkab >.<


Proposal~

Dalam meeting kami buat kali pertama, ketua kumpulan kami iaitu Musa telah mencadangkan program tersebut kerana dia pernah melibatkan diri dalam program seperti itu dan mempunyai banyak pengalaman untuk dikongsi. Pada mulanya ada ahli kumpulan lain yg kurang bersetuju dgn cadangan tersebut dan bercadang utk membuat program melawat ke rumah anak yatim.

Setelah menghantar proposal, kami mendapat tahu cadangan itu tidak mendapat kelulusan drpd pensyarah kerana terdapat beberapa kumpulan lain yg akan menjalankan program yg sama.


Jadi kami proceed dgn program motivasi yg telah dicadangkan sebelum ini. Dalam masa yg singkat kami berhasil menyiapkan proposal yg baru dan menghantar melalui email kpd pensyarah sehari sebelum pembentangan dibuat. Alhamdulillah projek kami kali ini diterima oleh pensyarah =)




ini gambar kumpulan kami membentangkan kertas kerja ^_^




Pengenalan. .


Assalamualaikum wbt.
Program berjudul Pesan Abang Kakak Kepada Adik (PAKKA) ini adalah satu program motivasi yg akan kumpulan kami jalankan di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi. Sekolah ini telah dicadangkan oleh setiausaha kami iaitu Cik Nurul yg merupakan alumni sekolah tersebut. Lokasi sekolah ini juga amat sesuai dan mudah utk kami menjalankan program kerana berdekatan dgn UKM dan dapat menjimatkan masa dan kos perjalanan. . .
~Thanks to our lovely secretary ! =pp