Thursday, 16 May 2013

hari kejadian,,



pada tarikh 11 mei 2013, kami pergi ke Sekolah Jalan Tiga utk menjalankan program PAKKA yg sekian lama kami nantikan. kami bergerak dgn tiga buah kereta, yg sukarela ingin menbantu kami semasa hari program ada 6 org .kumpulan kami cuma ada 4 org, seorang lagi ahli kami tidak dapat turut serta atas sebab tertentu.program itu bermula ada jam 8pagi dan berakhir selepas zohor.

Tentatif program 

7.15 a.m    bertolak dari ukm dan sarapan pagi di sana
8.00 a.m    ceramah motivasi oleh pelajar master ukm
10.00 a.m  program bersama pelajar form 5 (ice breaking)
11.00 a.m  LDK1(potret misteri)
11.30 a.m  sejenak bersama mahasiswa ukm
12.00 a.m  LDK2 (human machine)
1.00 p.m    penyampaian hadiah dan majlis penutup
1.30 p.m    makan tengahari
2.00 p.m    bertolak pulang ke ukm



ceramah motivasi oleh pelajar master ukm




kami menjemput penceramah dari ukm utk menyampaikan motivasi kpd pelajar iaitu Cik yg sedang menjalani praktikal di sekolah jalan tiga ini. ceramah motivasi ni melibatkan semua pelajar form 1 sehingga form 5 yg tinggal di asrama.

kami membuat dua aktiviti atau game bersama pelajar form 5 semasa latihan dlm kumpulan iaitu potret misteri di mana pelajar perlu menggunakan bakat seni mereka utk melukis apa yg kami arahkan sambil menutup mata manakala game kedua ialah human machine dimana pelajar perlu berlakon menjadi sebuah mesin tanpa menggunakan apa-apa peralatan dan tidak dibenarkan bercakap.



latihan dlm kumpulan ^^




majlis penghargaan dan penutup.
 terima kasih diucapkan kpd Puan Noraini atas jasa baik beliau








kenangan manis bersama pelajar SMK Jalan Tiga =)

Wednesday, 8 May 2013

Good news,,

Assalamualaikum,,,

Alhamdulillah sgt2 kami dibenarkan utk menjalankan program di SMK Jalan Tiga tu..terima kasih byk2 kpd Puan Noraini kerana telah membantu kami..sekali lagi kami pergi ke sekolah dan berjumpa dgn beliau utk berbincang dgn lebih lanjut mengenai tentatif program tersebut..
tarikh yg ditetapkan ialah pada 11 Mei hari sabtu..pada asalnya program kami ingin dibuat dari pagi hingga ke petang tp telah di pendekkan masa sehingga tengahari je sbb pelajar form 5 ada program lain pd hari tersebut. kami pun setuju je la sbb tak ada masa lain dah nak buat program tu.
lagi2 minggu budak sekolah exam.



Beberapa hari saja lagi sebelum tarikh program, antara perkara yg dilakukan adalah membeli barang2 yg perlu seperti fail,kertas A4,pen marker utk diguna semasa program, berjumpa dgn Dr. Fazila utk cenderahati yg akan kami beri kpd Puan Noraini, menyediakan hadiah utk pelajar dan mencari beberapa orang yg sukarela ingin membantu kami semasa hari program tu nanti...
kami kekurangan ahli krn salah seorang ahli kumpulan kami iaitu Musa selaku ketua program PAKKA ini tidak dpt bersama kami semasa hari program atas sbb yg tertentu. 

urmm semua dah tak sabar rasa nak pergi ke sekolah...
apapun kami akan cuba utk memastikan program itu berjalan dgn lancar..sekian saja utk post kali ni.. wasalam =)







Tuesday, 30 April 2013

Go to school.!



sambungan cerita tadi. . . 

Setelah mendapat pengesahan drpd pensyarah, kami terus bergerak ke Bandar Baru Bangi dgn menaiki kereta utk pergi ke SMK Jalan Tiga. Kami ingin menghantar proposal td kpd pihak sekolah utk mendapatkan kebenaran menjalankan program.

 Gambar di SMK Jalan Tiga




cantik jugak la sekolah ni. . 


Di sana kami berjumpa dgn kerani sekolah terlebih dahulu lalu kami menerangkan tujuan kami datang utk berjumpa dgn pengetua. Tetapi kami tidak dpt berjumpa dgn pengetua kerana kerani sekolah tersebut memberitahu bahawa proposal kami tidak lengkap. Kami diminta utk pergi ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kajang bagi mendapatkan surat pengesahan menjalankan program di sekolah.






nampak garang je kerani tu kan =(


Kami terus pergi  ke kajang utk berjumpa dgn pihak PPD. Sampai je kat pejabat kami bertanya kpd salah seorang pekerja di situ. Beliau menerangkan kpd kami bahawa kami perlu mendapatkan dua lagi kelulusan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di Putrajaya dan Jabatan Pelajaran Selangor di Shah Alam sebelum pihak PPD dapat memberi kebenaran kpd kami utk melakukan program ini di sekolah. Semua terkejut masa dengar pihak ppd tu terangkan, katanya semua tu pengalaman yg bagus buat kami. Memang la betul tapi kami takut setelah bertungkus lumus pergi ke sana sini meminta kelulusan, kami tidak mendapat kebenaran drpd pengetua atau sekolah mempunyai program lain pada masa yg sama.

Akhirnya pada jumaat yg lepas sekali lagi kami pergi ke sekolah utk berjumpa dgn Puan Noraini. Beliau merupakan guru kaunseling dan juga warden asrama di SMK Jalan Tiga. Kami berbincang dgn beliau mengenai program kami dan berharap beliau dpt membantu kami menyampaikan cadangan ini kpd pengetua.
Puan Noraini bersetuju utk membantu kami dan akan menghubungi kami setelah beliau berbincang dan mendapat kata putus drpd pengetua.

Agak-agak apa kata pengetua ye?? Harap-harap diberi kebenaran utk kami menjalankan program ini. Doakan kami ye,,,,Kita tunggu keputusannya nti..Sekian saja utk post kali ni..Wasalam =D






Saturday, 27 April 2013

meeting bersama pensyarah

Assalamualaikum dan apa khabar pembaca blog kami??

maaf la sebab agak lama tak update blog ni. . .



okay sekarang kita sambung story perjalanan program PAKKA ni.  Sebelum ni kami telah menghantar proposal kpd Prof.Bahiah melalui email tetapi ada beberapa kesalahan yg perlu diperbaiki. Jadi kami berkumpul utk membetulkan dan mengemaskini proposal tersebut . Pada tarikh 24 april 2013 atau rabu yang lepas, kami sempat berkumpul dan berbincang sedikit selepas kelas tamat utk mengemaskini tentatif program kami.  Pada hri tu juga kami pergi ke bangunan baru FKAB utk berjumpa dgn prof tetapi kami dimaklumkan beliau sedang bercuti jadi kami pergi berjumpa dgn Dr.Fazila utk meminta beliau menyemak dan mengesahkan proposal yg ingin diberikan kpd pihak sekolah. 






perjumpaan bersama Dr.Fazila @_@


perjumpaan kami bersama Dr.Fazila berjalan dgn lancar. Semasa beliau menyemak kertas kerja kami banyak juga la kesilapan yg telah di edit sebelum beliau mengesahkan proposal tersebut. tersebut. Baiklah itu saja buat masa ni, kita sambung story dlm post yg seterusnya. .



Wednesday, 20 March 2013

Meeting,,,

Bermulalah sesi perbincangan kami utk merangka aktiviti program. Perbincangan di antara semua ahli kumpulan dibuat sebanyak dua kali dan kami juga turut berbincang di dlm laman sosial facebook utk memudahkan kami bekerjasama.Setiap ahli kumpulan telah diagihkan tugas masing-masing dan setakat ini semua ahli telah berhasil  melaksanakan tugas tersebut dgn sebaik mungkin. 

Sepanjang tempoh perbincangan, kami sama-sama  mengeluarkan idea mengenai aktiviti-aktiviti menarik utk dilakukan bersama pelajar sekolah, menetapkan tarikh dan masa yg sesuai utk berjumpa dgn pengetua sekolah dan warden asrama, membincangkan kos perbelanjaan yg diperlukan serta menyiapkan kertas kerja utk dihantar kpd pihak sekolah.









aktiviti selepas kelas, meeting di foyer fkab >.<


Proposal~

Dalam meeting kami buat kali pertama, ketua kumpulan kami iaitu Musa telah mencadangkan program tersebut kerana dia pernah melibatkan diri dalam program seperti itu dan mempunyai banyak pengalaman untuk dikongsi. Pada mulanya ada ahli kumpulan lain yg kurang bersetuju dgn cadangan tersebut dan bercadang utk membuat program melawat ke rumah anak yatim.

Setelah menghantar proposal, kami mendapat tahu cadangan itu tidak mendapat kelulusan drpd pensyarah kerana terdapat beberapa kumpulan lain yg akan menjalankan program yg sama.


Jadi kami proceed dgn program motivasi yg telah dicadangkan sebelum ini. Dalam masa yg singkat kami berhasil menyiapkan proposal yg baru dan menghantar melalui email kpd pensyarah sehari sebelum pembentangan dibuat. Alhamdulillah projek kami kali ini diterima oleh pensyarah =)




ini gambar kumpulan kami membentangkan kertas kerja ^_^




Pengenalan. .


Assalamualaikum wbt.
Program berjudul Pesan Abang Kakak Kepada Adik (PAKKA) ini adalah satu program motivasi yg akan kumpulan kami jalankan di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi. Sekolah ini telah dicadangkan oleh setiausaha kami iaitu Cik Nurul yg merupakan alumni sekolah tersebut. Lokasi sekolah ini juga amat sesuai dan mudah utk kami menjalankan program kerana berdekatan dgn UKM dan dapat menjimatkan masa dan kos perjalanan. . .
~Thanks to our lovely secretary ! =pp